Aqilah Ikmal Sport Day….

Assalammualaikum….

Rabu lepas, 14 March 2012 school Kila buat sport day… Rajin betul cikgu cikgi kat sini…  Yang sertai sport day nie dari umur baby hingga 5 tahun… Seronok ibu tgk Kila dan kawan2 Kila enjoy dgn aktiviti yg dibuat… Seperti biasa sekolah2 kat sini tak mementingkan siapa menang siapa kalah.. So takde hadiah tempat pertama ke, tempat kedua ke, ketiga ker.. yang penting fun… Macam Kila selalu bagi tahu ibu.. School fun ibu…. Kita join walking bus.. dari sekolah Kila nak ke padang Olympic tue ambil masa berjalan kaki 20 minit… Mak oi.. mmg org kat sini suka berjalan nampaknya… So berjalan ler kita reramai ke padang… tapi yang bestnya untuk kanak2 bawah 2 tahun ada keretapi…. Kimi nangis sebab nak naik.. tapi Kimi bukan school kat situ yer… tak buleh.. keretapi dah penuh… tapi masa kat padang sempat juga Kimi naik keretapi tue… Ayah dan uncle Shakir jadi model untuk acara pertama orange house… Lompat dalam gelung.. he..he.. kelakar…. Acara yang Kila lakukan pada hari tue lompat dalam gelung, jalan berhalangan dan lompat jauh.. tapi ibu tgk bukan lompat jauh yang  kila buat.. terus ajer lari… he..he… bolehlah nak oi… Kimi nampak pasir untuk lompat jauh apa lagi.. castle ibu.. castle…

 Kila pakai kasut ada lampu… Kimi nak juga..

Ayah janji nanti belikan Kimi sepasang kasut ada lampu… Sian Kimi…

                Kasih seorang ayah…he..he

  With teacher jemmy…

 

Advertisements

Tidur di bilik sendiri…..

Kila n Kimi dah seminggu tidur kat bilik sendiri… Alhamdulillah… ibu n ayah bangga Kila n Kimi dah pandai tidur kat bilik sendiri.. katil masing2 pulak tue… ibu n ayah ingat susah nak bagi kamu tidur kat bilik sendiri sebab selama nie kita memang tidur berempat… rupa2nya mudah ajer.. Kila n Kimi memang anak yang baik… Dulu masa nak tukar botol susu kepada cawan pun kamu tak ada masalah… Nak berhentikan puting pun tak de masalah… bagus… semoga terus jadi anak yang menyejukkan hati ibu n ayah ok… Maklumlah ibu n ayah nie unsur kedua2nya api… Agak2nya anak2 ibu nie unsur air kot… he..he… Oh ya, hari ahad lepas kita g pasar kat browns bay… Dapat ler beli baju kostum untuk anak2 ibu… Satu princess barbie dan lagi satu pricess snow white.. $10 each… wow.. murah tue.. disney brand lagi…

tapi tgh ibu menaip kat blog kamu nie.. tiba2 ade van post courier dtg… wa.. bestnya… parcel dah sampai… mesti ayah hepi … dah dua minggu dia asyik ckp mana botol sirap nie tak sampai2… ptg nie bleh buat air sirap… kalu ayah baca blog bleh ler balik awal yer.. biar ibu rasmikan dulu… nak taip pun dah tak tentu arah nie… Sorry Kila n Kimi… ibu sayang kamu berdua… kalu ibu marah2 tue tandanya ibu tgh penat dan stress…. Sorry yer….

  Actually Kila ingat ayah dah balik… mcm biasa terus masuk bilik bukak bakul dan amik kertas drawing.. dgn excited nak tunjuk ayah apa dia buat kat school… tapi yg dtg abg post parcel…. he..he.. hati ibulah yg berbunga2… bye..bye… Kila n Kimi… love you both so much….

 

Yea..yea… camping…

Hari nie ibu nak citer pasal pengalaman pertama Kila n Kimi camping… Jauh tue Port Jackson Coramandel… Actually kita g dah 2-3 minggu yang lepas.. tapi baru hari nie ibu free dan sihat siket utk dimasukkan ceritanya dalam blog kamu… Kita bertolak dari rumah kul 7.00pg sbb nak berkumpul kat rumah auty Muni kul 7.30pg…Pukul 3.30pg ibu dah bangun siapkan sarapan, dan bekal utk makan tgh hari dan juga keperluan lain..Tp sebelum sampai ke tempat camping, kita singgah di Centhedral Cove untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan juga tempat pengambaran cerita The Chronicles of Narnia… Memang menakjubkan tempat tue..cantik sangat2… tapi nak ke situ family kita ambil masa hampir satu jam… dah ler jalan hutan… tp ibu mmg bangga anak2 ibu dapat mengharungi perjalanan ke situ.. masa pegi Kila n Kimi tak banyak minta dukung… kebanyakkan kamu berjalan sendiri… tapi waktu balik bergilir2 ayah dukung Kila n Kimi.. sebab penat sangat.. Ibu mmg dah cakap ayah awal2 ibu tak mampu dan dukung lagi satu…. Tapi ayah ok ajer dukung kamu… Bila penat sangat kita duduk rehat… Tuler sebabnya family kita family yang paling lambat sampai… he..he…

        

Lepas tue kita singgah pula di Hot Water Beach… lepas penat berjalan berbatu2, kita kena korek pool sendiri plak… (tp yang best nyer kita tak korek pun.. guna pool org.. ha..ha…) Kila menangis sebab dah terlalu penat.. Actually Kila n Kimi dah tertidur masa on the way pegi Hot Water Beach… tapi ayah kata kejutkan ajer.. yelah nak pegi lagi tak tahu pulak bila…so apa lagi meragam ler.. air panas ler.. sejuk ler… tapi Kimi ok ajer… janji dapat main air…

  

lepas dah berendam kita teruskan perjalanan ke tempat camping…masa tue dah pukul 3.30ptg dah..nak kesana pulak ambil masa 2-3 jam juga… jalan ke tempat camping tue betul2 menakutkan ibu… dah ler berpusing2, kalu tersalah silap2 masuk laut terus… kongsi jalan pegi balik pula tue… So ibu asyik bebel ngan ayah ajer.. ayah bawa laju siket ajer ibu dah bising.. jadi kita jugalah family yang paling lambat sampai.. ibu ingat dah sesat sbb rasanya dah macam perjalanan ke hujung dunia dah… bila sampai Port Jackson hari dah nak gelap.. pasang khemah cepat2 sbb angin kat situ dah terasa sejuk sangat… kamu pula lepas mandi kat hot water beach tue tak tukar baju.. Ibu ingat dekat rupanya jauh sungguh… sian anak ibu… So ibu tak bagi Kila n Kimi kuar kete selagi ayah tak pasang khemah dan tukar baju yang sesuai siket… So malam tue tidur dalam khemah ler kita dengan angin yang kuat….nasib tak terbang kita satu family…. he..he… dah ler khemah tak waterprof…kecik pula tue… kalu hujan.. alamatnya tido dalam kete ler… Mmg mencabar kesabaran ibu…. Tapi itu pengalaman yang berharga buat ayah dan anak2 ibu… Sampai sekarang Kila n Kimi asyik tanya ibu “nak g camping ibu?… Nak g camping?”… Suka yer tido dalam khemah…Ayah pun suka nampaknya… Siap tanya ibu kalau kat m’sia ada tempat camping ker??? he..he… dah berminat ler tue…

       Port Jackson mmg cantik…

Sebelum balik rumah kita singgah ke Driving Creek Railway… naik keretapi… Tut..tut… (betul ker bunyi camtu)… hepi anak2 ibu.. tiket mahal juga.. Kalu tak satu family $60.. Tp ayah bayar $48… Kila n Kimi free sbb ayah cakap Kila n Kimi duduk kat riba ibu n ayah… Tp rezeki kita tempat yang kita naik tue takde orang…So luas ler, kamu duduk sendiri… he..he.. rezeki2…

  

mmg cantik… itulah New Zealand…. dan inilah pengalaman camping pertama dan jalan2 coromandel Kila n Kimi…. next nak jalan mana lagi??? ha..ha… macam nielah sayang kalu nak atasi stress… penuhkan jadual hidup dgn aktiviti2 yang berfaedah… Semoga cepatlah masa berlalu…. dan semoga urusan pelajaran ayah dipermudahan… amin….

Selamat kembali ke sekolah Kila….

Mmmm… hari nie Kila sekolah balik selepas 5 hari tak bersekolah… Demam, batuk dan selsema… Lepas Kila baik ibu pula demam, batuk dan selsema… Hari nie Kimi pula demam, batuk dan selsema… Tapi Kimi nie walaupun demam, mcm takde apa ajer berlaku pada Kimi… Cuma sesekali datang kat ibu.. “Ibu.. ngus..ibu.ngus”.. minta lapkan hinggus… Hari nie Kila g skol tak nangis pun… terus main dengan teacher.. rindu sekolah yer.. tunggulah tgh hari nanti… nangis ke tidak… Minggu yang lepas kita ada g picnic air terjun.. Ayah ajer yg mandi… Kila n Kimi duduk ngan ibu.. airnya sejuk sangat…. Pastu kita g lantern festival keesokkan harinya dan semalam kita jalan kat Auckland City.. Dah lama tak jalan2 satu family… Selalunya kita jalan ngan kawan2 yang lain… best sangat… Hujung minggu nie insyaalah kita g camping… Hope cuaca baik…Kalau jadi, ini pengalaman Kila, Kimi n Ayah g camping.. tido khemah…. he..he.. good luck…

  

     

    murtabak….. mmmnymmy…..

Transition Day for Kila at Kiwicare……

Salam anak2 ibu…. 2 hari yang kelam kabut untuk ibu setup timetable ibu… Busy betul ibu rasanya…. Semalam first day transition untuk Kila… Transition Day tue adalah hari Kila utk berkenalan ngan suasana kat kindy… Alhamdulillah… Mula2 sampai, Kila ditempatkan kat orange house, iaitu kumpulan 3 tahun.. guru yang uruskan ialah teacher Tania (berbangsa India)… dibantu dengan 3 orang guru lagi.. Seorang guru lelaki (berbangsa Cina) dan dua orang guru perempuan (Cina dan Kiwi),  nama ibu tak ingat… 2 jam ibu ngan ayah temankan Kila.. dapat jugalah ibu tahu timetable Kila kat sana… mmg bagus kindy nie… Pagi main dgn mainan macam puzzle &  blok sampai pukul 9.00am.. Pastu mula kumpul dekat satu tempat untuk nyanyi lagu2… Kawan2 Kila nyanyi lagu Hello untuk ucap selamat datang pada Kila.. best sangat… Pastu ade senaman pula dan akhir sekali video ABC, 123, Monday to Sunday dan January to December… Lepas tue morning tea… Lepas morning tea ibu ngan ayah pun balik… Cikgu cakap Kila nangis 20 minit pastu dah ok… Masa ambil Kila pukul 12.30tgh hari tue ibu tengok Kila dah seronok main dgn kawan2 baru sampai tak perasan ibu tengok Kila kat tepi ajer…Bila ayah panggil Kila.. Kila lari terus kat ibu peluk ibu ckp I love you ibu… rasa nak nangis ibu… Teacher Kila ckp Kila rapat dgn kawan yang nama Sunshine (girl with long curly hair).. Kila enjoy dengan semua aktiviti dan Kila enjoy dengan lunch (tuna pasta)… “She very fast learn something” “Enjoy explore all the toys and she also  friendly”… Hope anak ibu akan teruskan sikap macam tue…Teacher Kila cakap esok ibu ngan ayah tak perlu teman lagi.. Anta dan tinggalkan sahaja… Sebelum balik Kila cakap bye bye kat sume teacher dan hug Teacher Tania… So pagi nie ibu tak masuk anta Kila sbb ibu takut nak dgr Kila nangis … Ayah anta Kila masuk dalam pastu ayah kuar lepas salam ngan Kila.. Ayah kata tak dengar pun Kila nangis… Harap anak ibu enjoy dengan aktiviti hari ini….

 Kila nak g school….

 5 minit yang pertama.. main dgn adik ajer..

 lepas 15 minit dah ok ngan kengkawan… tapi ibu ngan ayah still teman…

 singing time… Hello song….

 activity after morning tea….

 1st art Kila make after morning tea…

     lepas ayah panggil Kila, Kila lari dptkan ibu ngan ayah… pastu tanya adik mana (adik tido dalam kete)… hepi muka Kila… Kila big girl ibu….

 Kila hepi nak balik school (tp rambut dah serabai dah)… he..he.. esok tak payah ikat rambut ok…

Bye..bye… kasut….

Nape Kila buang kasut dalam tue???  kata ibu… diam tak bersuara Kila… Ayah pula dalam hati dah membara… Tgk ajerlah kasut tue berlalu pergi depan mata pulak tue…. Ayah kata Kila mcm nak keluarkan sesuatu dalam kasut pastu kasut terpelanting masuk dalam tasik… Erm ingatkan nak berehat di tepi tasik… rupanya malang menimpa… Kimi siap bye..bye.. kat kasut masa nak balik…. Bye..bye kasut…. Tapi oleh sebab hati ayah ngan hati ibu tgh marah… buat lawak pun ayah ngan ibu tak gelak… Seronok tengok Kimi n Kila hepi masa bagi makan kat duck, tapi bila dah jadi macam nie…. geram pun ada…. Tgklah gambar kasut yang Kila pakai tue buat kali yang terakhir… hu..hu….

       

Akhirnya….. hepi hepi hepi besday dora…..

Salam… akhirnya berjaya juga buat kek besday Dora Kila… Tp ibu tak buat muka Dora sbb ibu takut jadi muka lain pulak… So ibu beli edible image kat cheescake shop ajer, harganya mahal tp oklah utk anak ibu…. Kek secret recipe tak dapat secret ibu ler dpt… Satu gambar $20… Erm time ibu buat frosting kek, kamu berdua ape lagi kendurikan frosting ibu yg tinggal baki… Sampai licin.. itupun minta lagi… kuat betul makan krim kek… padahal ibu baru 30 minit yang lepas tukar baju kamu… Isk..isk… dugaan2…. Ptg nie kita g umah aunty Amy pulak nak cucuk satay… Malam nak anta fahim n fahmi balik.. esok pagi nak buat bihun goreng.. Wah esok mesti letih… harap2 anak2 ibu tak meragam.. baik ajer…. mcm selalu (yer ker)…

 

   habis satu rumah penuh krim…..

Oh ya ibu lupa nak citer yang kita pindah umah baru…. penat bukan main.. sampai ibu ngan ayah nak demam2…  barang mainan kamu yang banyak… Tengok betapa sayangnya ibu ngan ayah pada kamu berdua.. dah macam nursery rumah nie… harap Kila n Kimi juga akan sayang ibu ngan ayah seperti mana ibu n ayah sayang Kila n Kimi… jadi anak yang solehah yer… teringat ibu malam hari pertama kita tidur rumah baru Kimi tertidur dgn kain telekung sekali.. he..he.. letih sangat ker pindah rumah… ibu ngan ayah sampai geleng kepala.. camna Kimi boleh tidur ngan kain telekung… Sbb biasanya kalu Kila n Kimi solat ngan ayah, lepas solat ajer (atau tak habis solat lagi) terus tanggal nie tak perasan yer.. kain dah singkat kot.. he..he… hari pindah rumah tue ibu sempat masak nasi ayam ngan kuih kasturi… Ayah taknak pindah umah lagi.. tak larat…. tp rumah yang baru nie best.. kecil ajer senang ibu nak kemas… walaupun penuh dgn barang takpelah… ayah jangan beli barang lagi yer.. jual barang takpe… tp satu ajer masalah rumah nie… semenjak pindah sini anak2 ibu selalu tercedera… terutama lutut kamu… asyik jatuh ajer.. dah macam2 stem kamu kumpul… he..he… takpe… anak ibu kuat2 kan…

  

Mmmm kita juga ada g kutip kerang kat pantai belah North Shore… Ibu tak ingat pantai apa… mula2 Kila n Kimi takut nak masuk lumpur, tp bila dah masuk bukan main lagi… tak ingat dunia… dah ler ibu tak bawa baju lebih… he..he.. balik kamu pakai sweater ngan seluar dalam ajer he..he.. kesian… Nasib musim panas….. Ibu dpt juga ler makan kerang rebus ngan rendang kerang.. hasil kutipan kamu  berdua yang tak seberapa tue… Kimi suka makan kerang rebus, tp Kila tak nak….

  

Oh yer… banyak juga cerita yg ibu tak post kan di blog kamu nie yer… ader satu lagi… Kita g scan baby dalam tummy ibu… jeng2.. geng saper… he….he… geng ayah… Masa tengah tunggu turn scan, Kila n Kimi sempat main kat tempat mainan yang disediakan… Alhamdulillah Kila n Kimi tak meragam, tp masa scan baby mula2 Kila n Kimi ok.. tp sebab kali nie anatomy scan, so ambik masa lama sebab nak check baby punya fizikal dan organ dalaman… Kila n Kimi pun nampak tak selesa.. nasib ayah pandai ambik hati kamu berdua… Ayah juga boleh tengok balik proses scan tue sbb ader di videokan… Masa ibu mengandungkan Kila n Kimi ibu ngan ayah hanya banyak berdoa dan baca Al- Quran supaya segala2nya baik untuk kamu berdua… ibu sayang kamu berdua seperti mana ibu sayangkan adik kamu nie…. takde bezanya…. kamu pun tentu tak sabar nak tunggu kelahiran adik kamu niekan… setiap hari nak tgk perut ibu… ader baby.. ader baby… sayang Kila n Kimi selalu… nanti jaga adik baik2 yer….

Previous Older Entries Next Newer Entries