Cuti sekolah kembali lagi…

Lama dah tak story kat kilakimi nie… Bila tengok gambar2 lama.. Ya Allah cepat betul kamu membesar. Sayang pula tak update blog kamu. Since cuti sekolah nie ibu cuba masukkan event2 kamu yang dah lepas k…

2016

Kila & Kamilah tujuh tahun… mula darjah 1.. keputusan peperiksaan bulan mac nampak mcm okay. Ibu harap kamu berdua teruskan berusaha. Hafazan pun dah bertambah. Adik Aqil first day sekolah di LC Bertam… Tak menangis ke sekolah…Alhamdulillah..

IMG_4003 IMG_4004 IMG_4008 IMG_4024 IMG_4731

Advertisements

Picnic depan rumah pun boleh…

Kekadang masa begitu terhad untuk kita sekeluarga membuat aktiviti bersama… Tp alhamdulillah kita cuba yang terbaik agar ayah,ibu,kila,kimi dan aqil dpt menikmati keindahan bersama… Menu picnic semalam tak banyak mudah dan simple… Mee Sup, Burger, banana ais krim dan air sirap.. Alhamdulillah kenyang..

image

 

 

Pengembaraan Thomas..

Dah lama tak cerita kisah kila n kimi… Jgn marah sbb ibu mmg sgt sibuk lepas kelahiran adik kamu Muhammad… Mcm2 berlaku dalam 2 tahun nie.. Tp hari ni nak cerita ttg pengembaraan thomas… Adik kila n kimi aqil mmg suka dengan thomas..

image

So kiranya kita tunaikan permintaan dia nak naik thomas.. Chu chu..

image image  Alhamdulillah kamu semua tak meragam dan baik2 sahaja…. Layannnnn..

Chicken Pox Kila n Kimi…

Sian anak2 ibu…. bulan lepas adalah bulan chicken pox untuk family kita… cuma ibu ngan baby aqil isaac ( masih dalam perut) sahaja yang tidak kena… Mula2 ayah kena chicken pox… pastu Kila dan diakhiri dgn Kimi…Mama juga turut terkena tempias….

 

Paling teruk kesan parut ialah anak ibu yang bernama Kamilah… sampai nangis ibu tgk kulit kimi berparut… Dalam hati ibu boleh baik ke parut nie… Ibu lahirkan anak ibu kulitnya bersih sekarang jadi camtu pula… Tapi alhamdulillah lepas 3 minggu nie.. parut kelihatan pudar… Kila dah baik sepenuhnya… Ya Allah jauhkanlah anak2 ku dari penyakit… Sihatkanlah kami sekeluarga dan kurniakanlah kebahagian kepada kami….

Kilakimi jumpa doktor gigi….

Hi anak2 ibu… hari nie ibu nak citer pasal first appointment dentist check-up for both my little princess….. Kilakimi buat first check-up gigi pada 9 April 2012 di Grammar School, Auckland. Alhamdulillah.. gigi anak2 ibu sihat.. Doktor gigi cuma buat cuci gigi dan letak florida cream bagi menguatkan gigi anak2 ibu…. Jom tgk gambar Kila n Kimi di periksa doktor gigi… (sepanjang check-up kamu tak meragam langsung sampai doktor cakap jarang jumpa kanak2 yang tak meragam masa pertama kali buat rawatan pergigian)… Sayang anak2 ibu…

     

Oleh sebab anak2 ibu baik sepanjang rawatan.. doktor gigi bagi sticker untuk Kila n Kimi…

 

Baby Aqil Isaac….

Salam sayang ibu…. wah dah lama ibu tak update blog kamu… Maklumlah busy dari balik MOTAT sampai bulan ni…. Ini pun ibu curi2 masa update blog kila n kimi…. 01 June 2012 pukul 8.29mlm ibu selamat melahirkan adik kamu… Mohd Aqil Isaac, 3.87kg… Nanti ibu upload gambar baby isaac okey… Wajah baby isaac iras wajah kila masa baby… Kila n Kimi nampak hepi dengan kelahiran adik isaac… So lepas nie kimi dah tak boleh panggil adik lg ler yer… Kakak Kila dan Kakak Kimi…. Ibu sayang kamu bertiga… Ibu akan cuba sedaya upaya menjaga kamu semua sebaik yang mungkin… biar penat, biar mata ibu lebam… demi kamu semua…. jd anak2 yang baik yer sayang.. Ya Allah, permudahkanlah aku memelihara anak2ku dan berikanlah aku kesabaran dalam usahaku menjaga mereka…sayang sangat2…. mmmuah….

Akhir dapat juga g MOTAT…

asyik lalu ajer…. akhirnya dapat juga masuk MOTAT… Oleh sebab anak2 ibu suka sangat dengan keretapi, so kita g ler MOTAT… kebetulan ada tiket 50% dari grabone… Kita g lepas balik dari sukan Kila… mmg penat.. balik ajer MOTAT Kila n Kimi tidur.. he..he…  Banyak aktiviti yang ada dalam MOTAT nie.. bagus untuk perkembangan sains anak2 ibu… both of you pun enjoy dgn akiviti2 yang ada…

                          

Ibu n ayah ingat masa nie Kila tak nak ambil gambar dgn ibu.. Sbb Kila cakap Kila nak naik airoplane… Pastu ibu cakap tahun depan kita naik aeroplane okey… he..he.. masa nie kita tak tahu lagi yang kita akan balik dalam masa yang terdekat… Bila balik rumah, masa tue Kila n Kimi tgh tido.. ayah check e-mail pastu ayah dtg kat ibu bagi tahu yang ayah kena transfer balik ke Malaysia…. Ya Allah hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu perasaan ibu masa tue… Terbayang2 saat2 susah kat sini… Dalam hati ibu mcm mana perasaan ayah… Tapi seperti biasa ayah nampak tenang… bukan mudah nak baca isi hati ayah Kila n Kimi nie … itulah sebabnya sampai skrg pun ibu still menangis… ibu harap ayah hepi… “Ya Allah permudahkanlah urusan ayah dan berikanlah ketabahan pada ayah dalam menjalani kehidupannya”… maklumlah bukan mudah nak uruskan 3 org perempuan… Takpe ayah insyaallah tak lama lagi ayah dapat geng ok…. kita hepi2 ok…. ibu nie tak sekuat ultraman.. kalau ibu, Kila n Kimi dah susahkan ayah.. minta maaf yer… we all love you… semoga ayah di kurniakan kejayaan dalam hidup…

Previous Older Entries